PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS|Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

BENGKEL PEMATUHAN DAN MAJLIS PENYERAHAN LESEN PREMIS YANG DITETAPKAN (MINYAK KELAPA SAWIT MENTAH) NEGERI PAHANG BAGI TAHUN 2023

DOE Pahang 07/06/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
BENGKEL PEMATUHAN DAN MAJLIS PENYERAHAN LESEN PREMIS YANG DITETAPKAN (MINYAK KELAPA SAWIT MENTAH) NEGERI PAHANG BAGI TAHUN 2023
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
07/06/2023
Organisasi
DOE Pahang
Lokasi
Pahang>Kuantan

Penerangan

KUANTAN, 2 Jun 2023 - Bengkel Pematuhan dan Majlis Penyerahan Lesen Premis Yang Ditetapkan (Minyak Kelapa Sawit Mentah) di Negeri Pahang sesi 2023 telah diadakan pada 1 Jun 2023 di Swiss - BelHotel Kuantan dengan kerjasama Kelab Sukan & Sosial Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang. Perasmian dan penyerahan lesen telah disampaikan oleh Tuan Haji Wandi Yadzid bin Haji Yaakob, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang. 70 lesen kilang kelapa sawit di Negeri Pahang telah diperbaharui. Selain itu, taklimat berkaitan pematuhan bagi kilang kelapa sawit di Negeri Pahang dan peraturan PPKAS (Udara Bersih) 2014 juga turut disampaikan kepada peserta. Dialog juga turut diadakan untuk memberi peluang kepada pihak kilang mendapatkan informasi-informasi serta mendapatkan penjelasan isu terkini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan