PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan|Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

SIASATAN BERSEPADU DENGAN JABATAN LAUT MALAYSIA WILAYAH SELATAN (JLMWS) SUSULAN ADUAN PENEMUAN MINYAK KAPAL DI PERAIRAN SUNGAI JOHOR

DOE Johor 07/06/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN BERSEPADU DENGAN JABATAN LAUT MALAYSIA WILAYAH SELATAN (JLMWS) SUSULAN ADUAN PENEMUAN MINYAK KAPAL DI PERAIRAN SUNGAI JOHOR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
07/06/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

Kota Tinggi, 30 April 2023: Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor bersama dengan Pegawai dari JLMWS menjalankan siasatan susulan di lokasi yang diadu merujuk kepada siasatan yang lepas mendapati kawasan terkesan dengan minyak telah dibersihkan oleh pihak terbabit. Justeru itu, pemantauan terhadap kapal ini akan diteruskan dari semasa ke semasa. Jabatan ingin mengingatkan semua pihak yang terlibat dengan segala aktiviti-aktiviti perkapalan agar tidak melakukan sebarangan pembuangan atau pelepasan sisa minyak ke perairan daratan dan perairan Malaysia kerana menurut seksyen berkaitan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, mereka yang disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Semua pihak adalah diminta untuk memastikan tidak melakukan pencemaran dan menjadi mata, telinga dan mulut kepada JAS dalam membanteras jenayah alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan