PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

SIASATAN ADUAN PENEMUAN MINYAK KAPAL DI PERAIRAN SUNGAI JOHOR

DOE Johor 07/06/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN PENEMUAN MINYAK KAPAL DI PERAIRAN SUNGAI JOHOR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
07/06/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

Perairan Sungai Johor, 20 April 2023 :Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor menjalankan siasatan di lokasi yang diadu mendapati terdapat minyak dipermukaan air sungai yang dikepung menggunakan oil boom dalam keadaan tidak efisien di sekitar kapal. Persampelan terhadap minyak dipermukaan air sungai diambil. Pengurusan terhadap kapal dan kawalan minyak di permukaan air sungai menghubungi agensi yang berkaitan. Jabatan ingin mengingatkan semua pihak yang terlibat dengan segala aktiviti-aktiviti perkapalan agar tidak melakukan sebarangan pembuangan atau pelepasan sisa minyak ke perairan daratan dan perairan Malaysia kerana menurut seksyen berkaitan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, mereka yang disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Semua pihak adalah diminta untuk memastikan tidak melakukan pencemaran dan menjadi mata, telinga dan mulut kepada JAS dalam membanteras jenayah alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan