PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

CUACA PANAS KERING DAN KEMUNGKINAN JEREBU, JAWATANKUASA TETAP ALAM SEKITAR JOHOR DIAKTIFKAN

DOE Johor 07/06/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
CUACA PANAS KERING DAN KEMUNGKINAN JEREBU, JAWATANKUASA TETAP ALAM SEKITAR JOHOR DIAKTIFKAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
07/06/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

19 April 2023, JOHOR BAHRU: Sebagai persediaan menghadapi kemungkinan jerebu ekoran cuaca panas dan kering pada masa ini, Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar Negeri Johor telah diaktifkan. Mesyuarat dipengerusikan oleh YB Exco Pelancongan, Alam Sekitar , Warisan dan Budaya Negeri Johor, Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy. Dalam mesyuarat ini, situasi cuaca semasa telah dimaklumkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia. Pengarah JAS Johor, Dr Mohd Famey Yusoff telah membentangkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan dan JAS telah menjelaskan tindakan susulan yang perlu diambil jika berlaku jerebu dan peranan Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana di peringkat Daerah. Turut ditekankan kepentingan memantau bacaan IPU harian melalui aplikasi myIPU yang disediakan. Kerjasama agensi berkaitan juga dipohon untuk memantau kawasan tanah gambut dan tapak-tapak pelupusan sampah haram yang sering berlaku kebakaran dan pembakaran terbuka.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan