Penerangan
18 April 2023, Skudai : Unit Kenderaan Bermotor JAS Negeri Johor dengan kekuatan 7 orang pegawai telah menjalankan pemeriksaan pelepasan gas motorsikal di Plaza Tol Skudai Arah Selatan. Sebanyak 92 pemerhatian, 22 ujian meter telah dilakukan. Daripada pemeriksaan ini, 4 notis arahan dan 4 kompaun dikeluarkan supaya pemilik memastikan pematuhan sepenuhnya di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.