Penerangan
17 April 2023, Kulai , JOHOR - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JB BARAT) telah menjalankan pemeriksaan ke atas Premis Yang Bukan Ditetapkan (PYBDT) di Kawasan perindustrian i-Park , Kulai , Johor. Pemeriksaan dilakukan bagi memastikan premis adalah patuh kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa ketidakpatuhan yang memerlukan tindakan pembetulan segera pihak premis. Arahan lapangan bagi tindakan pembetulan telah dikeluarkan kepada premis. Tindakan penguatkuasaan dan susulan juga akan diambil di atas ketidakpatuhan.
Pihak industri diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan apa-apa pencemaran kepada alam sekeliling.