Penerangan
12 April 2023, JOHOR BAHRU - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JB Timur) telah menjalankan siasatan aduan ke atas premis yang disyaki menyebabkan pencemaran ke alam sekeliling.
Hasil siasatan mendapati aduan adalah berasas dan premis gagal mematuhi peraturan- peraturan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) dibuat di bawah Seksyen 38 (1)(a), Akta 127 bagi menghentikan pencemaran serta-merta.