PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

TINDAKAN PENAHANAN OPERASI BAGI MENGAWAL PENCEMARAN

DOE Johor 16/06/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
TINDAKAN PENAHANAN OPERASI BAGI MENGAWAL PENCEMARAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
07/06/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

12 April 2023, KLUANG : Satu premis di Kluang telah dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana melepaskan air daripada proses basuhan sizing machine terus ke monsoon drain tanpa sebarang rawatan. Pihak premis telah diarahkan menghentikan operasi sizing machine tersebut dengan serta-merta supaya semua air yang terhasil daripada proses kilang termasuk proses basuhan mesin dirawat di dalam sistem pengolahan efluen perindustrian sedia ada. Pihak industri diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan apa-apa pencemaran kepada alam sekeliling.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan