Penerangan
4 April 2023, JOHOR BAHRU - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JB Timur) telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis yang bukan ditetapkan bagi memastikan pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Hasil pemeriksaan mendapati premis tertakhluk kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.
Arahan lapangan telah dikeluarkan kepada premis supaya mengambil beberapa tindakan penambahbaikan bagi pematuhan kepada peraturan tersebut.