Penerangan
5 April 2023, Segamat: Sebuah premis kitar semula buangan e-waste di Kawasan Perindustrian Buloh Kasap telah dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar Cawangan Muar kerana didapati beroperasi secara haram dan telah mengakibatkan pencemaran bau.
Tindakan POK diambil bagi menghentikan pencemaran bau daripada terus berlaku yang seterusnya boleh menggugat kesihatan awam. Selain itu, premis juga beroperasi tanpa mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) terlebih dahulu.