Penerangan
Iskandar Puteri,Johor, 04 Mac 2023 : JAS Negeri Johor telah menjalankan kerja-kerja penguatkuasaan ke atas satu projek berkelulusan EIA bagi memastikan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.
Hasil pemeriksaan mendapati penggerak projek telah menyediakan komponen BMPs di tapak projek mereka termasuklah kolam kelodakan, parit-parit tanah dan kawalan hakisan di cerun. Tindakan Penguatkuasaan yang dilaksanakan adalah sebagaimana Syarat-Syarat Kelulusan EIA dan Peraturan-Peraturan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Jabatan ingin menyeru semua tapak pembinaan yang beroperasi untuk tidak menyebabkan berlakunya pencemaran.