PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT JAWATANKUASA EIATRC BAGI MEMBINCANGKAN CADANGAN PROJEK PEMBANGUNAN ESTATE INDUSTRI DI DAERAH JOHOR BAHRU

DOE Johor 07/06/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT JAWATANKUASA EIATRC BAGI MEMBINCANGKAN CADANGAN PROJEK PEMBANGUNAN ESTATE INDUSTRI DI DAERAH JOHOR BAHRU
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
07/06/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

JOHOR BAHRU, 21 Mac 2023 – Satu Mesyuarat Environmental Impact Assessment Technical Review Committee (EIATRC) telah diadakan di pejabat Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor dan dipengerusikan oleh Pengarah JAS Negeri Johor, Dr. Mohd Famey bin Yusoff. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan, En. Badlishah bin Ahmad dan pegawai-pegawai Unit Penilaian EIA JAS Negeri Johor serta ahli-ahli EIATRC iaitu wakil Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia@Johor), Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment, EIA) bagi cadangan projek ini telah dibincangkan melalui pembentangan dari pihak penggerak projek dan perunding berkenaan maklumat-maklumat berkaitan cadangan projek seperti keadaan semasa tapak cadangan, perancangan projek dan langkah-langkah mitigasinya. Ulasan-ulasan yang diutarakan oleh ahli-ahli jawatankuasa EIATRC telah diambil maklum oleh JAS Negeri Johor untuk mempertimbangkan kelulusan laporan EIA ini mengikut Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan