Penerangan
JOHOR BAHRU, 20 Mac 2023 – UNIT PENILAIAN EIA, JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR telah menjalankan satu lawatan tapak EIA ke tapak cadangan pembangunan estate industri yang turut dihadiri oleh pihak penggerak projek dan perunding bagi melihat alam sekitar sedia ada dan keadaan semasa tapak cadangan projek untuk tujuan verifikasi tapak dan pemprosesan laporan EIA.
Cadangan projek ini berkeperluan untuk menyediakan laporan EIA kerana aktivitinya yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 iaitu Aktiviti 17: Pembangunan Estate Industri yang meliputi kawasan seluas 20 hektar atau lebih.