13-15 Mac 2023, JOHOR BAHRU- Pelaksanaan Ops Gempur ke atas premis-premis yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di kawasan sekitar Johor Bahru telah dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor.
Operasi ini melibatkan sebanyak 12 pasukan penguatkuasa dari Bahagian Operasi dan Pejabat Cawangan dari seluruh Negeri Johor. Sebanyak 60 buah premis perindustrian telah diperiksa. Tindakan penguatkuasaan telah diambil dengan mengeluarkan 44 Field Citation, 21 Notis Arahan , 8 Kertas Siasatan dan 3 Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) kepada premis yang gagal mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.
Semua premis adalah dinasihatkan supaya memastikan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sentiasa dipatuhi sepenuhnya setiap masa.
Sebarang aduan orang awam berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar boleh disalurkan di talian bebas tol 1800-88-2727, emel ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected].