Penerangan
21 Mac 2023, Pekan Nenas - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (Unit JB Barat) telah menjalankan pemeriksaan ke atas Premis Yang Bukan Ditetapkan (PYBDT) di Pekas Nenas, Pontian bagi memastikan pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Premis tertakluk ke dibawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan (Udara Bersih) 2014. Bagaimanapun, hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa perkara yang perlu ditambahbaik bagi mengelakkan ketidakpatuhan / potensi pencemaran berlaku. Arahan lapangan telah dikeluarkan bagi tujuan tersebut.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tiada pencemaran kepada alam sekitar.