Penerangan
21 Mac 2023, JOHOR BAHRU - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JB-Tengah) telah menjalankan pemeriksaan ke atas Premis Yang Bukan DiTetapkan (PYBDT) bagi memastikan pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Pemeriksaan adalah fokus kepada loji yang tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009.
Arahan lapangan telah dikeluarkan kepada premis supaya mengambil beberapa tindakan penambahbaikan bagi pematuhan kepada peraturan-peraturan tersebut.