Penerangan
20 Mac 2023, JOHOR BAHRU - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JB-Timur) telah menjalankan siasatan susulan aduan yang diterima daripada orang awam mengenai pencemaran udara dan gangguan kepada persekitaran ke atas sebuah premis yang bukan ditetapkan di Johor Bahru.
Hasil siasatan mendapati aduan adalah berasas dan premis tidak patuh kepada Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.
Arahan lapangan dikemukakan bagi mengingatkan pihak industri agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan dikesan.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.