PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

KILANG KIMIA DIKENAKAN TINDAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN SERTA MERTA

DOE Johor 07/06/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KILANG KIMIA DIKENAKAN TINDAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN SERTA MERTA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
07/06/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

20 Mac 2023, Pasir Gudang – Sebuah kilang kimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang telah dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)a, Akta 127 oleh Jabatan Alam Sekitar Cawangan Pasir Gudang kerana menyebabkan pencemaran bau yang ketara susulan aduan awam yang diterima. Tindakan POK telah dikenakan ke atas mesin pemprosesan bagi menghentikan pencemaran daripada berterusan. Alat kawalan udara tidak berfungsi dengan baik dan premis didapati gagal di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014. Premis telah diarahkan dengan serta merta menjalankan pembaikan bagi memastikan tiada lagi pencemaran berlaku. Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan apa-apa pencemaran kepada alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan