Penerangan
31 MEI 2023 , KANGAR – Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah mengadakan kunjungan ke Jabatan Pendidikan Negeri Perlis bagi membincangkan jalinan kerjasama yang boleh diadakan bagi kedua belah pihak. Perbincangan di ketuai oleh Encik Naharudeen bin Othman, Pengarah Jabatan Penddidikan Negeri Perlis bertempat di Bilik Mesyuarat JPN. Turut hadir bersama adalah pegawai-pegawai dari pelbagai sektor di JPN.
Fokus utama perbincangan adalah berkaitan kerjasama yang boleh dijalinkan agar program kesedaran alam sekitar serta isu-isu berkaitan jabatan yang perlu dihebahkan kepada orang ramai dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan kepada orang ramai yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perlis di atas kerjasama yang diberikan dan semoga kerjasama yang terjalin akan berterusan demi memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara.
#nrecc
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_mei2023