23 MEI 2023, KAMPAR – Unit Punca Tetap JAS Negeri Perak telah menjalankan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ke atas premis berasaskan mineral di daerah Kampar, Perak.
Hal ini merupakan tindakan susulan JAS Perak atas aduan pencemaran udara daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan bagi memastikan sistem kawalan pencemaran udara berfungsi sepenuhnya selain pematuhan premis terhadap AKAS 1974.
Pihak industri adalah diingatkan supaya meningkatkan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya serta memastikan alam sekitar sentiasa terpelihara.
Orang ramai diminta untuk membantu Jabatan Alam Sekitar dengan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau email ke
[email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.