PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN KILANG HARAM PELEBURAN EWASTE DI KUALA KANGSAR, PERAK

DOE Perak 31/05/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN KILANG HARAM PELEBURAN EWASTE DI KUALA KANGSAR, PERAK
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/05/2023
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

09 MEI 2023, KUALA KANGSAR - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah bertindak menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah premis yang menjalankan kegiatan industri secara haram. Kilang tersebut didapati telah menjalankan operasi pulih guna dan peleburan buangan darpada pemasangan elektrikal dan elektronik (e-waste) tanpa kelulusan daripada mana – mana pihak berkuasa serta beroperasi di tapak dan lokasi yang bukan berstatus industri. Adalah diingatkan bahawa sebarang aktiviti berkaitan industri baharu hendaklah mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkaitan dan mematuhi undang-undang negara sedia ada. Pihak industri adalah diingatkan supaya meningkatkan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya serta memastikan alam sekitar sentiasa terpelihara. Orang ramai diminta untuk membantu Jabatan Alam Sekitar dengan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau email ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan