PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN KILANG HARAM PELEBURAN EWASTE DI PARIT PERAK

DOE Perak 31/05/2023 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN KILANG HARAM PELEBURAN EWASTE DI PARIT PERAK
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/05/2023
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

  PARIT, 9 MEI 2023 - Berdasarkan aduan awam berkaitan aktiviti yang mencurigakan di dalam kawasan ladang sawit di Parit, Perak, Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah bertindak menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah premis yang menjalankan kegiatan industri secara haram. Kilang tersebut didapati menjalankan operasi pulih guna dan peleburan buangan darpada pemasangan elektrikal dan elektronik ( e-waste ) tanpa kelulusan daripada mana -mana pihak berkuasa serta beroperasi di tapak dan lokasi yang bukan berstatus industri. Susulan pemeriksaan tersebut, kilang telah menghentikan operasinya serta merta dan sedang di dalam proses merobohkan binaan di tapak. Adalah diingatkan bahawa sebarang aktiviti berkaitan industri baharu hendaklah mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkaitan dan mematuhi undang-undang negara sedia ada. Pihak industri adalah diingatkan supaya meningkatkan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya serta memastikan alam sekitar sentiasa terpelihara. Orang ramai diminta untuk membantu Jabatan Alam Sekitar dengan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau email ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan