SIMPANG PULAI, 8 Mei 2023 – Sebuah premis industri yang menjalankan aktiviti peleburan ‘e-waste’ telah dikenakan tindakan penguatkuasaan Penahanan Operasi Kelengkapan di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak kerana telah beroperasi tanpa kelulusan EIA. Hal ini juga merupakan tindakan susulan JAS Perak atas aduan dari orang ramai.
Pihak industri adalah diingatkan supaya meningkatkan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya serta memastikan alam sekitar sentiasa terpelihara.
Orang ramai diminta untuk membantu Jabatan Alam Sekitar dengan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau email ke
[email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.