Penerangan
KUALA TERENGGANU 30 MEI 2023 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dengan kerjasama Penguatkuasaan Trafik, Ibupejabat Polis Daerah Kuala Terengganu telah menjalankan operasi bersepadu melalui OPS BUNYI BISING bagi ujian bunyi bising motosikal.
Operasi telah dijalankan di Jalan Pantai Teluk Ketapan yang telah disertai oleh 7 pegawai penguatkuasa JAS Terengganu.
70 buah motosikal menjalani pemerhatian secara visual, 10 buah motosikal telah diuji tahap pelepasan bunyi bising daripada ekzos dan hasil ujian ini, 5 kompaun dikeluarkan kepada 5 pemilik motosikal kerana telah GAGAL mematuhi Standard B, Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987.
Kompaun telah dikeluarkan kepada kesemua pemilik motosikal atas kesalahan melepaskan bunyi bising daripada kenderaan motor melebihi had yang dibenarkan.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Penguatkuasaan Trafik, Ibupejabat Polis Daerah Kuala Terengganu atas kerjasama dalam menjayakan operasi bersepadu ini. Semoga kerjasama yang terjalin ini akan terus menyumbang kepada kelestarian alam sekitar di negeri ini.
#Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama