PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan|Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

KUNJUNGAN KERJA YB MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM KE TAPAK PELUPUSAN SAMPAH HARAM DI TWIN PALMS, SUNGAI LONG DAN BLACK WATER LAKE, BANDAR MAHKOTA CHERAS.

DOE Selangor 31/05/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN KERJA YB MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM KE TAPAK PELUPUSAN SAMPAH HARAM DI TWIN PALMS, SUNGAI LONG DAN BLACK WATER LAKE, BANDAR MAHKOTA CHERAS.
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/05/2023
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

Kajang -YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) telah turun padang ke tapak pelupusan Sampah haram di Twins Palms, Sungai Long dan Black Water Lake. Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan,YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Ketua Pengarah Alam Sekitar (JAS), Encik Wan Abdul Latiff Bin Wan Jaffar dan YB Tuan Hee Loy Sian, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Selangor Antara perkara yang diambil perhatian oleh YBM di dalam lawatan ini adalah berhubung kerjasama kementerian, jabatan dan agensi berkaitan serta Kerajaan Negeri dalam tindakan dan mengambil tindakan serius bagi membenteras kewujudan tapak-tapak pelupusan sampah haram dan isu pembakaran terbuka di tapak-tapak tersebut. Menurut rekod JAS bagi tempoh 1 Januari 2023 sehingga 25 Mei 2023, sejumlah 101 kes aduan telah dilaporkan yang melibatkan pembakaran terbuka di tapak pelupusan sampah haram di seluruh negara. Dalam menangani perkara ini komitmen semua pihak amat diperlukan yang melibatkan kerjasama bersama pihak PBT dalam tindakan membanteras kewujudan tapak pelupusan sampah haram yang menjadi punca kepada pencemaran terutama dalam kes-kes yang melibatkan pembakaran terbuka, pencemaran air dan pelupusan buangan berbahaya.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan