PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

PROGRAM LAWATAN KERJA KE STESEN PENGAWASAN KUALITI AIR MARIN MANUAL DI NEGERI JOHOR DI BAWAH PROGRAM PENGAWASAN KUALITI ALAM SEKITAR (EQMP)

DOE WP Putrajaya 31/05/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM LAWATAN KERJA KE STESEN PENGAWASAN KUALITI AIR MARIN MANUAL DI NEGERI JOHOR DI BAWAH PROGRAM PENGAWASAN KUALITI ALAM SEKITAR (EQMP)
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/05/2023
Organisasi
DOE WP Putrajaya

Penerangan

Bahagian Air dan Marin, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Ibu Pejabat telah mengadakan Program Lawatan Kerja Ke Stesen Pengawasan Kualiti Air Marin Manual di negeri Johor di bawah Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar (EQMP) dari 11 hingga 13 April 2023 dengan kerjasama Seksyen Kawalselia Konsesi dan Pakar Scieno Transwater Sdn Bhd. Program tersebut diketuai oleh YBrs. Dr Norhazni binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) dan juga turut disertai oleh YBrs. Encik Rosli bin Osman, Pengarah Bahagian Air dan Marin, JAS Ibu Pejabat, YBrs. Dr. Mohd Famey Yusoff, Pengarah JAS Negeri Johor, wakil dari Bahagian Penilaian, wakil dari JAS Negeri Johor serta pegawai-pegawai dari Bahagian Air dan Marin. Tujuan program lawatan tersebut diadakan adalah sebagai tinjauan teknikal di Stesen Pengawasan Kualiti Air Marin Manual di bawah Program EQMP serta mempelajari mengenai persampelan kualiti air marin di lapangan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan