PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

Dua Kilang sawit didenda gagal patuhi syarat lesen

DOE Terengganu 31/05/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Dua Kilang sawit didenda gagal patuhi syarat lesen
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/05/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU – Dua buah kilang kelapa sawit didenda masing-masing sebanyak RM 5,000 oleh Mahkamah Sesyen Kemaman, pada selasa, 16 Mei  2023,kerana telah didapati gagal mematuhi syarat lessen yang dikeluarkan di bawah Seksyen 18(1) Akta Kualiti alam Sekeliling 1974 oleh Jabatan alam Sekitar Negeri Terengganu. Hakim Wan Suhaila Mohd membuat keputusan itu selepas wakil syarikat masing-masing mengaku salah kerana gagal mematuhi syarat lesen yang ditetapkan di dalam Jadual Kedua, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan)(Minyak Kelapa Sawit Mentah) 1977. Pendakwaan kes dikendalikan oleh pegawai pendakwa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu. Sementara itu pengarah JAS Terengganu, Ramli Abd Rahman berkata, Seksyen 16(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 memperuntukkan pemegang sesuatu lesen hendaklah mematuhi had-had dan syarat-syarat lesen itu dalam tiap-tiap hal. "Oleh itu saya berharap semua pemegang lesen mematuhi arahan ini bagi mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang. "JAS tiada kompromi dan sentiasa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar syarat lesen yang ditetapkan bagi menjamin kelestarian alam sekitar," katanya dalam satu kenyataan di sini pada selasa.    

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan