PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

SEMINAR PEMATUHAN DAN PERUNDANGAN TERKINI PELESENAN 2022/2023 KEPADA PYDT-BUANGAN TERJADUAL

DOE Terengganu 30/05/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SEMINAR PEMATUHAN DAN PERUNDANGAN TERKINI PELESENAN 2022/2023 KEPADA PYDT-BUANGAN TERJADUAL
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
30/05/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 08 MEI 2023- Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu deangan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah menganjurkan seminar pematuhan dan perundangan kepada Premis Yang Ditetapkan Buangan Terjadual di Negeri ini. Matlamat utama program ini adalah bagi memberi penerangan kepada pihak industry berkenaan dengan hal-hal berkaitan dengan pelesenan termasuk pematuhan premis dan juga perundangan terkini berkaitan dengan pelesenan. YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah hadir bagi merasmikan program ini sekaligus menyempurnakan majlis penyerahan lesen kepada premis yang terlibat. Timbalan Pengarah JAS Terengganu, Encik Zakaria bin Ahmad@Mohd, Ketua Cawangan Kemaman, Encik Wan Azuan Wan Omar turut hadir serta pegawai- pegawai kanan JAS Terengganu dan JAS Cawangan Kemaman. JAS Terengganu mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak pengurusan premis-premis yang terlibat dalam menjayakan program ini, serta menyokong komitmen usaha Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dalam memastikan pematuhan premis-premis ini berada pada tahap yang baik pada setiap masa. #Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan