PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPS BUNYI BISING MOTOSIKAL BERSEPADU:  JAS TERENGGANU BERSAMA  IPD TRAFIK KUALA TERENGGANU

DOE Terengganu 31/05/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS BUNYI BISING MOTOSIKAL BERSEPADU:  JAS TERENGGANU BERSAMA  IPD TRAFIK KUALA TERENGGANU
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
30/05/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU 29 MEI 2023 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dengan kerjasama Penguatkuasaan Trafik, Ibupejabat Polis Daerah Kuala Terengganu telah menjalankan operasi bersepadu melalui OPS BUNYI BISING  bagi ujian bunyi bising motosikal. Operasi telah dijalankan di Jambatan Sultan Mahmud yang telah disertai oleh 6 pegawai penguatkuasa JAS Terengganu. 60 buah motosikal menjalani pemerhatian secara visual, 6 buah motosikal telah diuji tahap pelepasan bunyi bising daripada ekzos dan hasil ujian ini, 3 buah motosikal telah GAGAL mematuhi Standard B, Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987. Kompaun telah dikeluarkan kepada kesemua pemilik motosikal atas kesalahan melepaskan bunyi bising daripada kenderaan motor melebihi had yang dibenarkan. Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Penguatkuasaan Trafik, Ibupejabat Polis Daerah Kuala Terengganu atas kerjasama dalam menjayakan operasi bersepadu ini. Semoga kerjasama yang terjalin ini akan terus menyumbang kepada kelestarian alam sekitar di negeri ini. #Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama      

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan