PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TERENGGANU TERUS BERSIAP SEDIA CEGAH PENCEMARAN

DOE Terengganu 30/05/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU TERUS BERSIAP SEDIA CEGAH PENCEMARAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
30/05/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 26 MEI 2023-  Cuti hujung minggu, pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus  menjalankan rondaan dan memantau punca-punca pencemaran di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Rondaan dan pemantauan ini melibatkan 4 daerah iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus,Hulu Terengganu dan Marang. Hasil  rondaan dan pemantauan ini, tiada sebarang pembakaran terbuka ditemui dan tiada kes-kes yang mencurigakan dikesan. Pemasangan banner larangan pembakaran terbuka telah dibuat di lokasi yang berpotensi aktiviti ini dilakukan oleh orang awam. Ianya sebagai peringatan tentang kesalahan tersebut sekiranya diteruskan. Rondaan dan pemantauan ini melibatkan kawasan penempatan kilang-kilang dan tapak pelupusan samapah. Selain itu, kawasan penempatan perumahan di kawasan bandar dan kampung turut dilakukan. Rondaan di kawasan pantai juga dilakukan bagi mengesan sekiranya berlaku sebarang tumpahan minyak dan kejadian pencemaran bebola tar (tarball). Kesiap siagaan pasukan penguatkuasa JAS Terengganu bagi memastikan punca-punca pencemaran berada pada tahap pematuhan yang baik. #Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan