Penerangan
TERENGGANU, 20 MEI 2023- Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus menU SENTIASA BERSIAP SIAGAjalankan rondaan dan memantau punca-punca pencemaran di bawah akta Kualiti alam sekeliling 1974.
Rondaan dan pemantauan ini melibatkan daerah Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Marang dan Kuala Nerus.
Rondaan dan pemantauan yang melibatkan kawasan penempatan kampung- kampung, taman- taman perumahan, kawasan kilang- kilang dan tapak pelupusan sampah ini tidak mengesan sebarang pembakaran terbuka dan tiada kes-kes yang mencurigakan ditemui.
Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu sentiasa bersiap sedia bagi memastikan punca-punca pencemaran di negeri ini berada pada tahap pematuhan yang baik, demi kesejahteraan orang ramai.
#Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama