Penerangan
KEMAMAN, 27 Mei 2023 –Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu Cawangan Kemaman terus meningkatkan rondaan bagi mencegah pembakaran terbuka dan memantau punca pencemaran ke atas punca-punca pencemaran di daerah ini.
Rondaan dan pemantauan ini melibatkan kawasan perumahan di kampung dan bandar, kawasan penempatan kilang, kawasan pembinaan projek dan kawasan pantai.
Hasil rondaan dan pemantauan ini banner larangan pembakaran terbuka telah dibuat di kawasan yang perpotensi aktiviti tersebut dilakukan oleh orang awam. Ianya sebagai usaha pencegahan dan peringatan supaya aktiviti ini tidak diteruskan .
Pemantauan ke atas punca-punca pencemaran disepanjang rondaan tersebut didapati tiada kes-kes yang mencurigakan ditemui dan dikesan.
Pemeriksaan ke atas infrastruktur pencegahan pembakaran terbuka di kawasan tanah gambut pada musim cuaca panas dan kering juga mendapati ianya berada dalam keadaan baik.
Kesiap sediaan JAS Terengganu Cawangan Kemaman ini bagi menjalankan rondaan dan memantau punca pencemaran di daerah ini, demi memastikan kesejahteraan orang awam dan alam sekitar menjadi TANGGUNGJAWAB utama Jabatan Alam Sekitar.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama