Penerangan
KUALA TERENGGANU, 9 JANUARI 2023 – Ketua Penolong Pengarah Pembangunan< Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu Negeri Terengganu, Mohd Norli bin Abdullah telah mempengerusikan mesyuarat pembentangan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) bagi projek yang telah mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).
Pemaju projek bersama jururunding alam sekitar berdaftar yang dilantik telah membentangkan laporan EMP ini
Mesyuarat memberi tumpuan kepada impak alam sekitar dan mitigasi yang diambil dalam memastikan pelaksanaan projek ini di peringkat kerja tanah, pembinaan dan operasi tidak menimbulkan masalah kepada persekitaran dan orang awam.
Dokumen EMP ini, adalah antara syarat kelulusan EIA yang mesti dipatuhi oleh pemaju. Tindakan undang-undang di bawah Seksyen 34A (7), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 boleh diambil sekiranya pihak pemaju gagal mematuhi syarat ini.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama