Penerangan
KUALA TERENGGANU, 17 MEI 2023: Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu, Encik Ramli bin Abd. Rahman telah mempengerusikan Mesyuarat Environmental Impact Assessment Technical Review Committee (EIATRC), hari ini.
Mesyuarat ini telah membincangkan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment, EIA) bagi “Eiatrc for the purposed of an Industrial Park At Lot 4568, Cheneh, Mukim Bandi, Daerah Kemaman, Terengganu”
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Penolong Pengarah Kanan, selaku Ketua Unit Memproses Laporan EIA, Encik Amri Mohd Yusof serta pegawai-pegawai penguatkuasa JAS Terengganu dan JAS Terengganu Cawangan Kemaman serta ahli-ahli EIATRC yang terdiri daripada Jabatan-Jabatan Teknikal yang dilantik.
Laporan EIA dibentangkan oleh pemaju dan perunding berkenaan keadaan semasa tapak cadangan, perancangan projek, langkah-langkah kawalan sedia ada dan yang akan dibina, serta maklumat-maklumat berkaitan komitmen dan jaminan pihak pemaju dalam memastikan cadangan projek diperingkat pembinaan dan operasi nanti mematuhi Akta Kualiti alam Sekeliling 1974..
Keperluan menyediakan laporan EIA dan mendapat kelulusan JAS ini, termaktub di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, sementara ulasan-ulasan dari agensi teknikal juga diambil perhatian dalam mempertimbangkan kelulusan laporan EIA oleh JAS.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama