Penerangan
KUALA TERENGGANU, 23 MEI 2023-Sekolah Kebangsaan Mak Lagam, Pemenang Anugerah Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (Kategori Sekolah Rendah) dan Pemenang Anugerah Khas (Penghijauan) Anugerah Sekolah Lestari Peringkat Kebangsaan Sesi 2020/2022 telah menerima kunjungan lawatan kerja pegawai kanan Petronas Gas Berhad Kertih dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu hari ini.
Pada sesi lawatan ini, Guru Besar SK Mak Lagam, Puan Siti Mariam telah berkongsi pengalaman berkenaan pelaksanaan sekolah lestari di sekolah berkenaan sehingga mendapat pencapaian dan pengiktirafan di peringkat negeri dan kebangsaan.
Pihak PETRONAS pada sesi lawatan ini memberi maklumbalas positif terhadap komitmen pihak Jabatan Alam Sekitar sebagai urusetia program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar di peringkat Negeri dan Kebangsaan serta komitmen pihak sekolah dalam mencetuskan pelbagai idea dan inovasi bagi memenuhi lima (5) elemen sekolah lestari iaitu, pengurusan, penghijauan, kurikulum, ko-kurikulum dan elemen khas.
JAS Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan tertinggi PETRONAS GAS BERHAD DAN SELURUH Warga SK Mak Lagam yang terus komited dalam melahirkan generasi yang terus mengekalkan kelestarian alam sekitar di negeri ini.
#Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama