PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

DRONE DIGUNAKAN BAGI MEMANTAU   PUNCA PENCEMARAN  SEMASA CUACA PANAS DAN KERING

DOE Terengganu 30/05/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
DRONE DIGUNAKAN BAGI MEMANTAU   PUNCA PENCEMARAN  SEMASA CUACA PANAS DAN KERING
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
30/05/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KEMAMAN, 19 MEI 2023- Pasukan penguatkuasa JAS Cawangan Kemaman terus  menjalankan rondaan dan memantau punca-punca pencemaran semasa cuaca panas dan kering yang melanda negara kita sekarang sehingga Ogos 2023. Rondaan yang turut melibatkan penggunaan drone ini dilakukan di kawasan penempatan kampung- kampung, taman- taman perumahan dan kawasan perindustrian ini. Tiada pembakaran terbuka dikesan dan tiada kes-kes yang mencurigakan ditemui. Selain itu, beberapa kawasan telah dikenal pasti berpotensi aktiviti pembakaran terbuka dilakukan, banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang sebagai langkah pencegahan dan amaran keras kepada mana- mana individu yg terlibat agar ianya tidak diteruskan. Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu Cawangan Kemaman sentiasa bersiap sedia bagi memastikan punca-punca pencemaran di daerah ini berada pada tahap pematuhan yang baik. #Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan