PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

KESIAP SEDIAAN JAS TERENGGANU MERONDA DAN MEMANTAU PUNCA PENCEMARAN  PADA KEADAAN CUACA PANAS DAN KERING

DOE Terengganu 30/05/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KESIAP SEDIAAN JAS TERENGGANU MERONDA DAN MEMANTAU PUNCA PENCEMARAN  PADA KEADAAN CUACA PANAS DAN KERING
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
30/05/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 13 MEI 2023- pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus  menjalankan rondaan dan memantau punca-punca pencemaran pada keadaan cuaca panas dan kering yang melanda negara kita sekarang sehingga Ogos 2023. Rondaan dan pemantauan ini melibatkan daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu didapati  tiada sebarang pembakaran terbuka ditemui. Walau bagaimanapun pemasangan banner larangan pembakaran terbuka di lokasi yang berpotensi aktivit pembakaran terbuka dilakukan oleh orang awam telah dibuat bagi memberi peringatan tentang kesalahan tersebut sekiranya diteruskan. Rondaan dan pemantauan ini melibatkan kawasan penempatan kampung-kampung, taman-taman perumahan. kawasan perindustrian didapati tiada pencemaran dan sebarang aktiviti abnormal yang di kesan. Selain itu pemantauan di Tapak Pelupusan Sampah juga didapati tiada sebarang pembakaran terbuka dikesan. Pemantauan pencemaran marin di kawasan pantai juga didapati tiada sebarang penemuan tarball dan tumpahan minyak. Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu sentiasa bersiap siaga bagi memastikan punca-punca pencemaran di negeri ini berada pada tahap pematuhan yang baik. #Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan