PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

CUTI HUJUNG MINGGU, JAS TERENGGANU TERUS BERSIAP SEDIA CEGAH PENCEMARAN

DOE Terengganu 30/05/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
CUTI HUJUNG MINGGU, JAS TERENGGANU TERUS BERSIAP SEDIA CEGAH PENCEMARAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
30/05/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 27 MEI 2023-  Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus  menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) serta memantau punca-punca pencemaran bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 turut dijalankan. Rondaan dan pemantauan telah dilakukan di daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Besut. Hasli rondaan dan pemantauan ini tiada pembakaran terbuka ditemui dan tiada kes-kes pencemaran dan kejadian yang tidak diingini dikesan. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasng dilokasi yang berpotensi kejadian tersebut dilakukan.  Ianya sebagai peringatan tentang kesalahan tersebut sekiranya diteruskan. Kawasan rondaan dan pemantauan ini melibatkan penempatan kilang-kilang, tapak pelupusan sampah, perumahan di bandar dan kampung, tapak-tapak pembinaan dan kawasan pantai. Kesiap siagaan pasukan penguatkuasa JAS Terengganu bagi memastikan punca-punca pencemaran berada pada tahap pematuhan yang baik. #Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan