Penerangan
MELAKA, 24 MEI 2023- JAS Ibupejabat bersama pihak ESRI Malaysia telah memberikan taklimat Dimensi Baru Sistem GIS di Jabatan Alam Sekitar yang lebih dikenali dengan sistem Geospas. Teknologi GIS mampu memproses dan mengintegrasi pelbagai maklumat berkaitan dalam sesebuah kajian. Sistem ini sangat membantu pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar dalam pelbagai aspek penilaian pembangunan mahupun penguatkuasaan.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka komited untuk menangani aduan awam dan menyeru orang awam dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 supaya kelestrian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
#KementerianSumberAsliAlamSekitardanPerubahanIklim
#JabatanAlamSekitar
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#jasnegerimelaka