Penerangan
29 Mei 2023, MELAKA - Pasukan Unit Kenderaan Bermotor Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menjalankan operasi ke atas kenderaan berenjin petrol dan diesel di Jalan Tun Abdul Razak – Kolej Yayasan Melaka, Melaka dengan kerjasama IPD Trafik (PDRM) Melaka Tengah semasa waktu malam pada 26 Mei 2023.
Operasi ini melibatkan seramai 10 orang pegawai dan anggota dimana penguatkuasaan telah dijalankan di bawah Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol) 1996, Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 dan Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Motosikal) 2003.
Maklumat operasi adalah seperti berikut :-
Bilangan kenderaan diuji - 31
Notis Arahan - 5
Kompaun - 4
Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka komited untuk menangani aduan awam dan menyeru orang awam dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 supaya kelestrian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
#KementerianSumberAsliAlamSekitardanPerubahanIklim
#JabatanAlamSekitar
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#jasnegerimelaka