TARIKH/HARI: 14 Mei 2023 (Ahad)
MASA : 11.00 am - 7.00 pm
LOKASI:
- Kawasan Perindustrian Sg. Kapar Indah,
- Kg./Jln Tok Muda,
- Jln Pencawang Pantai
- Kg. Sg. Serdang
- Jln Benteng Kanan
- Jln Keretapi Lama
- Jln Wawasan &
- Jln Hj. Abdul Manan
Klang, 14 Mei 2023 – Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menjalankan rondaan dan pemantauan bagi mencegah pencemaran di beberapa lokasi kawasan perindustrian di Negeri Selangor. Lokasi rondaan adalah di sekitar Shah Alam dan Klang selatan. Semasa pasukan rondaan melalui Jalan Wawasan 3/KU7 Kapar, ditemui kesan-kesan pembakaran terbuka (sampah² & ranting kayu) di bahu jalan berkenaan, pasukan peronda telah memasang banner dan kordon kawasan tersebut. JAS Selangor komited terus melakukan pemantauan berterusan.