TARIKH/HARI: 13 Mei 2023 (Sabtu)
MASA : 11.00 am - 7.00 pm
LOKASI:
- Kawasan Perindustrian Subang Utama Seksyen 22
- Kawasan Perindustrian seksyen 23
- Kawasan Perindustrian seksyen 15
- Kawasan Perindustrian Kota Kemuning
- Sekitar Kawasan Johan setia
- Andalas
Shah Alam, 23 Mei 2023 – Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menjalankan rondaan dan pemantauan bagi mencegah pencemaran di beberapa lokasi kawasan perindustrian di Negeri Selangor. Lokasi rondaan adalah di sekitar Shah Alam dan Klang selatan . Hasil siasatan mendapati tiada aktiviti pencemaran oleh kilang-kilang di kawasan rondaan dan aktiviti pembakaran terbuka.