TARIKH : 11/5/2023
MASA : 11.00 pg - 12.30 tgh
LOKASI:
- NEWE ACRYLIC MFR AND TECHNOLOGY SDN BHD
- KAWASAN PERINDUSTRIAN HI-TECH 2
- SEMENYIH
Hulu Langat, 11 Mei 2023 – Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menjalankan rondaan dan pemantauan pada cuti hujung minggu bagi mencegah pencemaran di beberapa lokasi kawasan perindustrian di Negeri Selangor. Aduan diterima oleh Jabatan pada bahawa terdapat pencemaran udara yang dilepaskan dari kawasan premis dimana bau kimia yang mendatangkan kacauganggu dan kesihatan pekerja kilang berdekatan. Semasa siasatan ke atas lokasi yang diadu mendapati banggunan tersebut adalah milik syarikat menjalankan aktiviti pembuatan cecair arcyclic (PMMA). Siasatan lanjut di dalam premis mendapati tiada sebarang aktiviti peroperasian bahan PMMA yang dijalankan. Wakil premis memaklumkan dapur memasak arcyclic dipanaskan bagi memastikan saluran cecair PMMA tidak tersumbat. Pemeriksaan lanjut ke atas kawasan peralatan memproses juga tiada kesan aktiviti yang mencurigakan dikesan. Bau yang mengundang kacauganggu penduduk sekitar datang dari tangki simpanan bahan cecair PMMA.
Notis dilapangan dikeluarkan ke atas premis bagi memastikan kelulusan PAT diperolehi terlebih dahulu dan seterusnya melantik jururunding bertauliah bagi merekabantuk dan membina alat kawalan udara bagi memastikan tahap pelepasan udara mematuhi nilai batas yang ditetapkan dibawah PPKAS (Udara Bersih) 2014. Penahanan Operasi ke atas Kelengkapan memproses di jalankan di bawah Seksyen 38(a)(1) AKAS 1974 bagi tujuan pencegahan pencemaran dan tujuan siasatan lanjut dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.