26 MEI 2023, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka kini giat melaksanakan kempen edaran kit larangan pembakaran terbuka kepada warga Melaka. Fokus utama adalah edaran kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), japerun dan orang awam. Orang awam dinasihatkan untuk tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka yang boleh menjejaskan kualiti udara dan kesihatan.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka tidak akan berkompromi terhadap penjenayah yang melakukan sebarang jenis pencemaran alam sekitar. Sebarang aduan boleh hubungi di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my/eaduan/index.php.
#KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama