TARIKH : 27/5/2023 (SABTU)
MASA : 10.00 am – 4.00 pm
LOKASI:
- SALAK TINGGI
- KOTA WARISAN
- BANDAR SERENIA
- KAW PERINDUSTRIAN CIPTA SELATAN
- AMPAR TENANG
- CYBERJAYA
- PERSIARAN APEC
- PULAU MERANTI
- BANDAR BUKIT PUCHONG
- PERDANA INDUSTRIAL PARK
- ALAM PERDANA INDUSTRIAL PARK
- SG MERAB
- ABU BAKAR BAGINDA
Sepang, 27 Mei 2023 – Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Sepang komited menjalankan rondaan dan siasatan aduan. Rondaan telah dijalankan di sekitar kawasan Salak Tinggi, Kota Warisan, Bandar Serenia, Kawasan Perindustrian Cipta Selatan, Ampar Tenang, Cyberjaya, Persiaran APEC, Pulau Meranti, Bandar Bukit Puchong, Perdana Industrial Park, Alam Perdana Industrial Park, Sg Merab, Abu Bakar Baginda. Hasil siasatan mendapati tiada aktiviti pencemaran oleh kilang-kilang di kawasan rondaan.
Sementara siasatan aduan pembakaran terbuka telah dijalankan di kawasan lot premis berhampiran Balai Polis Abu Bakar Baginda dan Medan Selera di kg Abu Bakar Baginda, Sg Merab. Siasatan mendapati terdapat 3 longgokan kecil kesan dari pembakaran di kawasan yang diadu. Surat amaran telah dikeluarkan pada penduduk terbabit supaya tidak melakukan pembakaran terbuka. Risalah turut diedarkan dan kain rentang larangan pembakaran terbuka juga dipasang.