PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PROGRAM JOM LUPUS E-WASTE SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2023 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

DOE Selangor 31/05/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM JOM LUPUS E-WASTE SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2023 PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/05/2023
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

27 Mei 2023, Telok Panglima Garang - Kelab Rakan Alam Sekitar (RAS) UiTM Student Chapter dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor dan T-Pot Electrical & Electronics Sdn Bhd telah menganjurkan program Jom Lupus e-waste di Balairaya Kampung Batu 10, Telok Panglima Garang. Program ini telah mendapat sokongan daripada Ketua Kampung Batu 10 dan Penghulu Telok Panglima Garang dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk kampung. Objektif utama program ini adalah untuk membudayakan dalam kalangan masyarakat agar melupuskan barangan elektronik mengikut garis panduan yang betul. Jabatan juga berharap program ini dapat memberi kesedaran kepada orang awam betapa pentingnya kitar semula dan pengurusan e-waste dengan kaedah yang betul, serta memupuk rasa cinta dan tanggungjawab terhadap alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan