Penerangan
TARIKH: 27 Mei 2023 (Sabtu)
MASA : 10.00 pm - 4.00 pm
LOKASI: Kawasan Industri Sg. Sembilang & Tambak Jawa, Jeram.
Sabak Bernam, 28 Mei 20231 – Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Sabak Bernam komited menjalankan rondaan dan siasatan aduan pembakaran terbuka pada cuti hujung minggu. Rondaan telah dijalankan di kawasan Industri Sg. Sembilang dan Tambak Jawa, Jeram. Hasil siasatan mendapati tiada aktiviti pencemaran oleh kilang-kilang dan aktiviti pembakaran terbuka di kawasan rondaan. Pemantauan dari masa ke semasa akan dijalankan JAS Cawangan Sabak Bernam.