Penerangan
TARIKH : 15/5/2023(Isnin)
MASA : 10.30 pagi - 11.30 pagi
LOKASI: KAWASAN LAPANG BERHAMPIRAN TAPAK KUARI DI SG LONG
Hulu Langat, 15 Mei 2023 - Aduan diterima daripada Ketua Cawangan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kajang melalui whatsapp dan pasukan penyiasat segera menjalankan siasatan di lokasi yang diadukan. Semasa siasatan, didapati tapak sampah haram yang sedang terbakar hanya dalam anggaran keluasan 10m x 10m dan sedang dalam kerja-kerja penguraian dengan menggunakan excavator. Pemerhatian terhadap lokasi mendapati sampah yang terhasil, terdiri dari sampah domestik, sisa dari tapak pembinaan dan juga peniaga (sampah tempurung kelapa muda).
Pihak MPKj juga turut hadir ketika siasatan dijalankan berikutan aduan sama yang telah diterima oleh mereka. Pegawai dimaklumkan bahawa mereka akan menutup laluan utama tapak sampah haram berkenaan dengan mengorek lubang selepas kerja memadam api dari bakaran selesai.