PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

MAJLIS PERJUMPAAN WARGA PENJAWAT AWAM PERSEKUTUAN BERSAMA TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI SABAH TAHUN 2023

DOE Sabah 26/05/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PERJUMPAAN WARGA PENJAWAT AWAM PERSEKUTUAN BERSAMA TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI SABAH TAHUN 2023
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
26/05/2023
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

MAJLIS PERJUMPAAN WARGA PENJAWAT AWAM PERSEKUTUAN BERSAMA TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI SABAH TAHUN 2023 ????????? ?? Tarikh: 20 Mei 2023 ( Sabtu ) ?? Masa: 8.00 pagi hingga selesai ?? Tempat Dewan Serbaguna, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Kota Kinabalu 1?? Majlis Perjumpaan Warga Penjawat Awam Penjawat Awam Persekutuan bersama TYT Negeri Sabah telah diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan seluruh anggota/ penjawat awam persekutuan yang berkhidmat di KPKPS dan di Negeri Sabah. JAS Negeri Sabah juga dijemput untuk memeriahkan majlis ini. Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Pengarah JAS Negeri Sabah Tuan Amirul bin Aripin. 2?? Majlis dimulakan dengan ketibaan Warga Penjawat Awam Persekutuan dan diikuti dengan ketibaan ketua -ketua jabatan dan Badan Berkanun Persekutuan. 3?? Majlis juga turut dihadiri oleh Setiausaha Persekutuan Sabah, Timbalan Sups serta diikuti oleh tetamu kehormat. 4?? Kemuncak keberangkatan tiba ke majlis adalah dihadiri oleh TYT Negeri Sabah,Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin 5?? Majlis diteruskan dengan jamuan dan persembahan. 6?? Pihak Kelab JASAba telah menyumbangkan sebanyak 300 pax Nasi Arab di majlis ini untuk diagih-agihkan kepada pengunjung. Dianggarkan sebanyak 60 gerai makanan yang telah disediakan oleh pihak KPKPS dan gerai JAS Sabah adalah di nombor 54. 7?? Majlis ini telah berjalan dengan lancar dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Kelab JASaba di atas sumbangan Nasi Arab di majlis ini dan juga terima kasih kepada mereka yang hadir di majlis ini dan kepada yang menguruskan majlis ini hingga selesai.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan