PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT PEMANTAUAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN GUNASAMA PERSEKUTUAN KPKPS BIL. 01/2023

DOE Sabah 26/05/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT PEMANTAUAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN GUNASAMA PERSEKUTUAN KPKPS BIL. 01/2023
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
26/05/2023
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

MESYUARAT PEMANTAUAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN GUNASAMA PERSEKUTUAN KPKPS BIL. 01/2023 ?? ??? Tarikh : 19.05.2023 ? Masa: 9.00 AM - 11.30 AM ?? Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Aras 7. ??????? Pengerusi: YBhg. Dato' Makhzan bin Mahyuddin, Setiausaha Persekutuan Sabah ?????????????? Kehadiran: Wakil setiap Jabatan di KPKPS ??????? Kehadiran JAS: PP RK, PPTK Hamidah ?? Ringkasan Mesyuarat ?? Ahli Mesyuarat dimaklumkan berhubung Mesyuarat Pemantauan Bangunan Gunasama KPKPS ini telah dimasukkan sebagai KPI SUP Dan perlu diadakan Dua Kali setahun. Pengerusi memandang serius isu-isu yang dibangkitkan dalam mesyuarat. ?? Pengerusi memaklumkan pada tahun 2023 ini sejumlah lebih RM7 juta kos pembaikan bangunan telah dipohon (merangkumi kelengkapan/sistem melawan kebakaran; fungsi Access Door setiap Pejabat; Masalah kebocoran bangunan; Dan masalah penghawa dingin). ?? Kerja mengganti Access door akan bermula pada bulan Jun Dan dijangka siap selewat-lewatnya bulan Oktober 2023. Semua kad pegawai akan dinaik taraf termasuk kawalan kad access pada ruang meletak kenderaan di tingkat bawah bangunan. ?? Ahli Mesyuarat diingatkan berhubung larangan merokok di kawasan kompleks terutama di kawasan tangga Dan tandas bangunan. Satu alternatif (tidak direkodkan dalam mesyuarat) kepada perokok, kawasan merokok akan dikenalpasti di kawasan basement Pejabat yang tidak mengganggu kakitangan yang tidak merokok Dan tidak dilihat oleh orang awam yang berurusan di mana-mana Pejabat KPKPS. ?? Untuk tujuan Keselamatan pintu masuk setiap Pejabat sebelum fungsi Access siap dibuat, setiap Pejabat boleh menambah curi Keselamatan (seperti pemasangan kunci manga) hanya pada pintu utama pejabat. Pemasangan kunci manga pada laluan kecemasan adalah tidak dibenarkan (CGSO). ?? Wakil JAS Sabah memaklumkan perkara berhubung kesesakan lalu-lintas yang semakin kritikal semasa keluar dari bangunan. Selain itu isu kenderaan yang suka melawan arus semasa keluar dari tempat meletak kenderaan turut disuarakan. Masalah lain telah dibincangkan dalam mesyuarat. ?? Antara hal-hal lain yang dibincangkan semasa mesyuarat: 1. Kakitangan JKNS akan mula berpindah pada bulan Julai 2023 di Tingkat 4 Block A. 2. QR kod untuk saluran aduan berhubung Pengurusan KPKPS akan dikongsi kepada semua kakitangan. 3. Cadangan membina tempat meletak kenderaan bertingkat untuk kegunaan bersama tidak dapat dilaksanakan buat masa sekarang. Ini telah mengambilkira kemungkinan Pejabat yang banyak berurusan dengan orang awam (JPN Dan Imigresen) akan berpindah ke bangunan lain. 4. Semua kakitangan KPKPS diminta untuk mempamerkan kad kebenaran menggunakan laluan pintu ketiga UMS berikutan kawalan yang pihak UMS akan lakukan bagi mengelak kenderaan awam menggunakan laluan tersebut. Ini bagi mengurangkan kesesakan lalulintas

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan